1. Gunakan Sabun Muka yang Sesuai
Gunakan pencuci muka yang dikhususkan untuk penggunaan pada muka. Jangan menggunakan sabun badan pada muka kerana ia boleh menyebabkan kulit muka anda mudah kering.
Lagipun, sabun pencuci muka direka untuk kulit muka. Kebanyakan produk yang anda boleh dapatkan dipasaran memuatkan nutrisi dan bahan-bahan yang boleh mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit muka.
Kulit muka adalah antara kulit badan yang paling sensitif, oleh itu jagalahnya dengan baik.
2. Bilas Dengan Sempurna
Setelah anda menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan anda, anda perlu bilas semua kesan sabun yang terdapat pada muka anda dengan air yang bersih.
Pastikan anda menghilangkan semua kesan sabun tersebut dari muka, hal ini kerana kesan sabun tersebut mungkin mengandungi kesan bakteria dari muka anda. Sekiranya tidak dibilas dengan betul, bakteria tersebut mungkin boleh hinggap balik ke atas muka anda.
Akhiri membilas muka anda dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.
3. Keringkannya Dengan Betul
Lapkan muka anda dengan tuala yang bersih. Anda juga boleh menggunakan tisu untuk tujuan ini. Apa yang paling penting dalam langkah ini adalah kebersihan pada tuala tersebut. Jangan guna tuala badan tapi khaskan satu tuala untuk muka. Jika anda menggunakan tuala badan, muka anda ada kemungkinan untuk dihinggapi oleh bakteria.
4. Guna Penyegar Wajah
Face Mist Organik Herlysa |
Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting kerana ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pilihlah penyegar wajah yang betul untuk mengelakkan kulit daripada kering seperti penyegar yang mengandungi pati mentimun. Digalakkan untuk tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan face mist pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.
5. Buat Scrub Muka Dengan Baking Soda
Langkah seterusnya ialah anda perlu membuat scrub muka 1 minggu sekali untuk menggantikan sel yang sudah rosak (penyebab kulit berkedut dan masalah kulit yang lain).
Jika anda tidak biasa dengan istilah face scrub, ia adalah merujuk kepada topeng sementara yang dipakai untuk tujuan kecantikan, mengembalikan kulit muka yang cantik.
Anda tidak perlu berbelanja banyak duit untuk membeli scrub muka kerana anda boleh membuat skrub muka sendiri.
Cara-caranya adalah:
- Campurkan 3 sudu serbuk penaik (baking soda) ke dalam satu bekas.
- Tuangkan air yang secukupnya untuk membentuk scrub, jangan terlalu sedikit atau pun terlalu banyak.
- Basahkan muka dengan air suam sebelum anda menyapu scrub tersebut.
- Sapukan exfoliant ataupun face scrub yang anda buat sebentar tadi secara perlahan-lahan pada permukaan kulit muka dengan berhati-hati.
- Pastikan anda menyapu pada tempat-tempat yang ketara/kritikal seperti dagu dan dahi.
- Elakkan daripada menyapu pada tempat berhampiran mata.
- Selepas itu, anda digalakkan untuk membiarkan face scrub tersebut untuk seketika (antara 5-10 minit) agar baking soda tersebut boleh bertindak balas dengan sempurna pada permukaan kulit.
- Selepas itu, bilas muka anda dengan air yang bersih dan lap dengan kain yang lembut.
6. Guna Pelembap ( Day Cream )
Anda digalakkan untuk kerapkan penggunaan pelembap, lebih-lebih lagi selepas mencuci muka.
Mencuci muka boleh mengeringkan kulit muka anda, dan dengan menggunakan pelembap, ia boleh mengembalikan kelembapan kulit tersebut.
Sekiranya anda mengalami masalah jerawat, anda perlu dapatkan produk pelembap yang bebas minyak ataupun pelembap yang dibuat khusus untuk wajah yang berjerawat. Sama juga kepada kulit muka yang sensitif, anda perlu dapatkan produk pelembap yang sesuai dengan kulit anda.
7. Minum Teh Hijau
Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.