Featured post

Tips Penjagaan Kulit Muka Cantik Dan Cerah Sempurna

Thursday, 8 June 2017

3 Tips-tips Kecantikan Wanita Korea



Membincangkan tentang tips-tips  kecantikan  wanita di Korea  memang tidak akan pernah habis. Banyak yang mengatakan mereka cantik kerana pembedahan kosmetik.  Ada pula yang mengatakan bahwa kemajuan teknologi membuat para wanita di Korea menjadi lebih cantik. Tapi yang pasti, menjadi cantik itu memerlukan usaha, kesabaran dan ketekunan. 

Mari kita pelajari, tips-tips dan routine yang wajip dilakukan oleh wanita-wanita di Korea untuk mendapatkan kulit wajah yang mulus. 



#1 Tips-tips Kecantikan Wanita Korea : Face Mist

Ph natural kulit kita adalah 5.5, jadi kita harus ingat untuk memakai  face mist pada wajah. Jika produk pembersih wajah membuat kulit terasa sangat kering dan tegang,  lebih baik segera semburkan wajah dengan face mist.  Mengapa? Sebab proses membersihkan wajah dapat mengacaukan kadar pH yang diperlukan oleh wajah. Face mist  berfungsi menyeimbangkan kadar pH dalam kulit wajah.


Cooling Hydrating Face Mist Herlysa sangat sesuai untuk kulit wajah kerana ianya mampu mengurangi blackheads, dan mengecilkan pori-pori. Lebih-lebih lagi formulanya yang menggunakan ekstrak dari  buah tin yang mengandungi banyak minerals, sangat sesuai untuk semua jenis kulit.  Bagi kulit wajah yang sering  berminyak, face mist  ini tidak membuat kulit terasa kering. Kulit akan terasa lembut, lembap, dan segar seperti menggunakan air yang dingin.



#2 Tips-tips Kecantikan Wanita Korea : Double Serum

Biasanya ramai wanita  jarang  menggunakan double serum,  sebab beranggapan bahwa wajah sudah cukup terhidrasi sehingga tidak memerlukan penggunaan double serum. Padahal, terdapat banyak vitamin penting di dalam double serum, sehingga ianya adalah langkah yang tidak  boleh dilupakan. Double serum juga membantu mempersiapkan wajah untuk lebih menyerap rangkaian produk perawatan yang akan digunakan setelahnya. Gunakan double serum yang mengandung  AHA, vitamin c  dan retinol yang merupakan anti penuaan, dan merangsang regenerasi sel kulit.


Complete Age Control Concentrate Double Serum Herlysa mempunyai formula yang mampu membuat kulit menjadi lebih cerah, bersinar, serta mengurangi tanda-tanda awal penuaan. Dalam masa 7 hari pemakaian double serum Herlysa, regenerasi kulit akan berlaku menyebabkan  kulit yang kusam akan kembali cerah, jerawat cepat kering, pori-pori mengecil dan kulit lebih anjal. Bagi yang mengalami masalah jeragat, double serum yang mengandungi  ekstrak buah tin ini dapat membantu memudarkan kesan jeragat.



#3 Tips-tips Kecantikan Wanita Korea : Moisturizer

Terakhir, aplikasikan pelembab, untuk mengunci semua vitamin yang diberikan pada wajah. Revitalising Hydration Moisturizer  Herlysa   mampu membuat kulit terasa lembap lebih lama, walaupun  sudah menggunakan make up. Bagi pemilik kulit kombinasi dan berminyak, jangan risau kerana moisturizer Herlysa mempunyai tekstur yang ringan, tidak melekit dan membuat wajah kelihatan matte.  Disamping itu moisturizer Herlysa mengandungi SPF 35+ dan dapat melindungi wajah dari sinar  radiasi UVA dan UVB. Hydration Moisturizer Herlysa juga mengandungi AHA (alpha hydroxy acids) yang dapat mengelupas sel-sel kulit mati secara lembut dan mempercepatkan regenerasi sel-sel kulit di wajah akibat jerawat.



Jom kita saksikan kecantikan wanita-wanita Korea.








Sunday, 28 May 2017

7 Rahsia Dan Kelebihan Buah Tin

7 Rahsia Dan Kelebihan Buah Tin


Setiap kali berkunjung ke rumah saudara mara yang pulang dari haji atau umrah, kita pasti akan di hidangkan dengan buah tin. Di dalam bahasa Inggeris, buah tin disebut sebagai Fig.


Mungkin buah tin tak sepopular kurma, namun buah tin ini menyimpan seribu satu rahsia dan khasiat yang tersendiri.


1)    Kelebihan Buah Tin : Buah Dari Syurga Yang Disebut Didalam Al-Quran.

Allah swt berfirman melalui Surah At Tin, ayat 1 - 3:

" Demi Buah Tin dan Buah Zaitun, demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman...".


2)    Kelebihan Buah Tin : Mengandungi Pelbagai Zat Yang Diakui Rasullah saw.

Rasulullah saw pernah bersabda:

“ Makanlah kamu semua dan makan daripadanya (buah tin)”, sabda Rasullah saw lagi. Sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun daripada syurga maka aku kata “ Inilah buahnya”.  Hal ini demikian kerana buah syurga tiada keraguan.  Maka, makanlah buah ini.  Sesungguhnya, buah tin boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi”.

( Ibnu Sunni, Abu Na'iim, Dailami )

  
3) Kelebihan Buah Tin :  Kaya Dengan Protin.

Buah tin kering mengandungi kurang air dibandingkan dengan buah tin yang segar iaitu lebih kurang 23%. Buah tin kering juga membekalkan enam kali lebih banyak kalori daripada buah yang segar. Pengeringan buah tin mengakibatkan pemekatan nutrisi didalamnya yang mana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.



4) Kelebihan Buah Tin :  Mengandungi Fitokimia Dan Antioksida.

Antara  fitokimia yang terdapat di dalam buah tin adalah polifenol, flavonoids, anthocyanin dan proanthocyanidins. Kajian menunjukkan sebatian polifenol  terbukti dapat menentang kanser, terletak banyak di dalam isi buah tin.


5) Kelebihan Buah Tin :  Membantu Mengurangi Kanser Prostate.

Menurut kajian para saintis, kandungan Coumarin pada buah tin dapat mengurangi risiko Kanser Prostate. Serat larut yang terdapat pada buah tin disebut Pektin, dalam buah tin membantu dalam mengurangi kolesterol darah.


6) Kelebihan Buah Tin :  Rawatan Untuk Insomnia.

Tryptophan, dalam buah tin dapat menyenyakkan tidur yang baik dan membantu menyingkirkan gangguan tidur seperti insomnia. Tryptophan merupakan asam amino yang dapat menyebabkan seseorang merasa mengantuk. Anda boleh memakannya di waktu malam hari menjelang tidur asal jangan berlebihan.


7) Kelebihan Buah Tin :  Mampu mengatasi anemia (kekurangan darah).

Manfaat buah tin bagi anemia sangatlah luar biasa. Buah tin dipercayai mampu meningkatkan  pembentukan hemoglobin (HB)  didalam darah dan  mengatasi anemia.  Khasiat buah tin untuk penambah darah ini dapat muncul kerana kandungan zat besi yang cukup tinggi, dimana kandungan zat besi inilah yang menjadi bahan penting dalam pembentukan hemoglobin darah anda.



  

Sunday, 15 January 2017

5 Kegunaaan Face Mist Yang Perlu Anda Ketahui

5 Kegunaan Face Mist Yang Perlu Anda Ketahui


Sudah tak hairan lagi rasanya kalau face mist menjadi salah satu produk kecantikan kegemaran ramai masa kini, bahkan ianya sudah menjadi produk wajib bagi kebanyakan wanita. Kalau di lihat sekilas memang bentuknya seperti face mist biasa.

Mungkin ada yang bertanya “ Apa yang special spray-spray muka ni ? ”. Tunggu dulu, kerana manfaat face mist ini banyak sekali dan boleh digunakan lebih dari sekadar membasahi muka. 

Apa itu Face Mist?
Face mist adalah sejenis air yang boleh menyegarkan kulit wajah ketika stress akibat pantulan sinaran matahari yang boleh membuatkan kulit wajah kelihatan kering, kusam, atau tidak bermaya. Face mist juga amat penting untuk kulit wajah kerana ia akan memberikan kesegaran pada wajah, menenangkan kulit di wajah, memberi nutrisi dengan cara melembapkan, memberikan kilauan serta boleh digunakan ketika muka terasa penat dan mengantuk.
Fungsi face mist adalah sama dengan toner, tetapi kebaikannya lebih berkesan berbanding toner. Kebaikannya jika menggunakan face mist ialah dapat menyeimbang pH kulit terutama selepas mencuci muka serta menghidrat kulit muka dengan melembapkannya. 
Mari kita pelajari kegunaan face mist.


1. Menenangkan kulit setelah facial dan rawatan wajah.
Face mist memiliki kandungan seperti aloe vera, witch hazel, vitamin E dan menthol yang mampu menenangkan kulit. Banyak klinik dan dermatologist yang menggunakan face mist kepada pelanggan setelah melakukan rawatan wajah. Ini kerana kulit kemerahan, kulit yang terasa pedih atau gatal dapat di atasi dengan menggunakan face mist.  

2. Face mist sebagai persediaan sebelum memakai krim siang.
Selepas mencuci wajah, baik jika wajah anda di sembur dengan face mist  kerana kulit akan menjadi lembap dan lebih mudah untuk mengaplikasikan krim siang. Krim siang lebih cepat meresap ke dalam kulit dan lebih rata sapuannya.

3. Mengurangkan ketebalan makeup.
Pernahkah anda merasakan saat-saat di mana makeup anda terlalu tebal? Niat awal ingin menggunakan makeup untuk acara istimewa, tetapi tanpa di sedari foundation anda terlalu tebal seolah-olah memakai topeng. Jangan risau kerana dengan semburan face mist,  anda boleh dengan cepat mengubah solekan menjadi lebih natural. 

4. Sebagai penyegar makeup.
Sewaktu di pejabat, selepas waktu rehat makan tengahari, muka anda tentu kelihatan letih dan makeup pun mungkin mulai pudar. Di kenali sebagai “ stale makeup ”, banyak wanita yang mengaplikasikan makeup baru di atas makeup lama. 
Cara ini tidak di galakkan kerana boleh  menyebabkan pori-pori tersumbat dan mengundang bakteria. Lebih baik jika anda menggunakan semburan face mist sebelum memakai make-up baru kerana ianya bertindak sebagai astringent dan mengurangkan bakteria dan dapat membuat wajah  anda terasa segar dan makeup anda lebih senang untuk di aplikasi.

5. Kekalkan kelembapan kulit.
Jangan lupa untuk sentiasa membawa sebotol face mist  di dalam beg tangan atau letakkan satu botol di meja di pejabat. Paling penting, jangan lupa bawa face mist ketika menaiki kapal terbang kerana face mist umpama air minuman.  Bila anda dahaga maka anda perlu minum air, jadi  begitu juga dengan kulit wajah di dalam kapal terbang yang mudah kering dan kusam akibat udara kering. Dengan beberapa semburan face mist, kulit wajah anda akan lebih lembap, segar dan berseri. 


Bagaimana cara penggunaan face mist Al ' Vera Herlysa ini?
Caranya ialah hanya sembur pada wajah dengan jarak 5 inchi dari wajah. Selepas itu, perlu di tepuk-tepuk supaya ramuan-ramuan face mist Herlysa ini dapat meresap pada wajah. Biarkan face mist seketika di wajah dan jangan di lap. 
Face mist ini juga boleh di gunakan sebelum bersolek atau selepas bersolek, supaya solekan pada wajah tidak luntur dan bertompok.

Ramuan-ramuan di dalam face mist Al ' Vera Herlysa mengandungi:
  • Organik Lavender Oil
  • Aloe Vera
  • Witch Hazel
  • Vit E
  • Glycerin
  • Menthol
  • Aqua
FB : Herlysa Vegan

Untuk maklumat lanjut, sila ke fb Herlysa.