Featured post

Tips Penjagaan Kulit Muka Cantik Dan Cerah Sempurna

Sunday, 28 May 2017

7 Rahsia Dan Kelebihan Buah Tin

7 Rahsia Dan Kelebihan Buah Tin


Setiap kali berkunjung ke rumah saudara mara yang pulang dari haji atau umrah, kita pasti akan di hidangkan dengan buah tin. Di dalam bahasa Inggeris, buah tin disebut sebagai Fig.


Mungkin buah tin tak sepopular kurma, namun buah tin ini menyimpan seribu satu rahsia dan khasiat yang tersendiri.


1)    Kelebihan Buah Tin : Buah Dari Syurga Yang Disebut Didalam Al-Quran.

Allah swt berfirman melalui Surah At Tin, ayat 1 - 3:

" Demi Buah Tin dan Buah Zaitun, demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman...".


2)    Kelebihan Buah Tin : Mengandungi Pelbagai Zat Yang Diakui Rasullah saw.

Rasulullah saw pernah bersabda:

“ Makanlah kamu semua dan makan daripadanya (buah tin)”, sabda Rasullah saw lagi. Sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun daripada syurga maka aku kata “ Inilah buahnya”.  Hal ini demikian kerana buah syurga tiada keraguan.  Maka, makanlah buah ini.  Sesungguhnya, buah tin boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi”.

( Ibnu Sunni, Abu Na'iim, Dailami )

  
3) Kelebihan Buah Tin :  Kaya Dengan Protin.

Buah tin kering mengandungi kurang air dibandingkan dengan buah tin yang segar iaitu lebih kurang 23%. Buah tin kering juga membekalkan enam kali lebih banyak kalori daripada buah yang segar. Pengeringan buah tin mengakibatkan pemekatan nutrisi didalamnya yang mana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.



4) Kelebihan Buah Tin :  Mengandungi Fitokimia Dan Antioksida.

Antara  fitokimia yang terdapat di dalam buah tin adalah polifenol, flavonoids, anthocyanin dan proanthocyanidins. Kajian menunjukkan sebatian polifenol  terbukti dapat menentang kanser, terletak banyak di dalam isi buah tin.


5) Kelebihan Buah Tin :  Membantu Mengurangi Kanser Prostate.

Menurut kajian para saintis, kandungan Coumarin pada buah tin dapat mengurangi risiko Kanser Prostate. Serat larut yang terdapat pada buah tin disebut Pektin, dalam buah tin membantu dalam mengurangi kolesterol darah.


6) Kelebihan Buah Tin :  Rawatan Untuk Insomnia.

Tryptophan, dalam buah tin dapat menyenyakkan tidur yang baik dan membantu menyingkirkan gangguan tidur seperti insomnia. Tryptophan merupakan asam amino yang dapat menyebabkan seseorang merasa mengantuk. Anda boleh memakannya di waktu malam hari menjelang tidur asal jangan berlebihan.


7) Kelebihan Buah Tin :  Mampu mengatasi anemia (kekurangan darah).

Manfaat buah tin bagi anemia sangatlah luar biasa. Buah tin dipercayai mampu meningkatkan  pembentukan hemoglobin (HB)  didalam darah dan  mengatasi anemia.  Khasiat buah tin untuk penambah darah ini dapat muncul kerana kandungan zat besi yang cukup tinggi, dimana kandungan zat besi inilah yang menjadi bahan penting dalam pembentukan hemoglobin darah anda.