Featured post

Tips Penjagaan Kulit Muka Cantik Dan Cerah Sempurna

Sunday, 25 December 2016

Apa Itu Penyakit Psoriasis?

Penyakit Psoriasis



Penyakit psoriasis bukanlah penyakit kulit yang biasa, tetapi penyakit psoriasis sebenarnya bermula di bawah kulit.

Penyakit psoriasis boleh di kategori kepada 3 :
  • Artritis Psoriatik
  • Diabetes ( Type 2 )  
  • Kardiovaskular

Berita baik untuk mereka di luar sana yang menghidap penyakit psoriasis adalah  
terdapat pilihan rawatan yang boleh membantu anda hidup dengan baik dan mengurangkan kesakitan dan keradangan penyakit psoriasis.
Mari kita pelajari sebanyak boleh tentang penyakit psoriasis dan mempelajari maklumat yang berkaitan tentang psoriasis.


Jenis-jenis Penyakit Psoriasis:
  • Plaque Psoriasis
  • Guttate Psoriasis
  • Inverse Psoriasis
  • Pustular Psoriasis
  • Erythrodermic Psoriasis

Sebagai contoh, Erythrodermic Psoriasis merupakan  radang psoriasis yang muncul di permukaan badan, mempunyai ciri-ciri berkala, meluas di permukaan kulit dan kulit kelihatan kemerah-merahanan.
Erythrodermic Psoriasis
Penyakit Psoriasis
Erythrodermic Psoriasis

Inverse Psoriasis pula terdapat di ketiak, di pangkal paha, di bawah dada, pada pelipat-pelipat kulit di kemaluan dan punggung. Ianya kelihatan seperti luka terang merah yang licin dan berkilat.
Inverse Psoriasis

Penyakit Psoriasis
Inverse Psoriasis


Punca-punca Penyakit Psoriasis

Punca sebenar penyakit psoriasis tidak difahami sepenuhnya, tetapi saintis percaya penyakit psoriasis berpunca  daripada beberapa faktor, termasuk genetik, faktor alam persekitaran  dan sistem imun badan.

1. Genetik

Jika anda mempunyai penyakit psoriasis, ada kemungkinan bahawa seseorang dalam keluarga anda mungkin mempunyai penyakit ini juga. Ini kerana menurut kajian, ada pautan genetik untuk penyakit psoriasis.  Menurut kajian, salah satu daripada 3 orang yang berpenyakit psoriasis mempunyai ahli keluarga yang berpenyakit psoriasis.


2.   Alam Persekitaran

Faktor persekitaran juga boleh mencetuskan gen psoriasis, menyebabkan penyakit ini menjadi aktif.
Beberapa penyebab gejala penyakit psoriasis adalah :

  • Tekanan atau stress
  • Jangkitan penyakit kulit (luka, seriawan, gigitan pepijat, sunburn yang teruk)
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu  (termasuk litium, antimalarials, quinidine, indomethacin)


3.  Sistem Imun

Apabila anda mempunyai penyakit psoriasis, sistem imun anda adalah terlalu aktif. Ini mewujudkan keradangan dalam badan, yang merupakan punca gejala-gejala psoriasis. Sel-sel sihat dihasilkan  terlebih jumlah  daripada yang biasa dan akan cepat merebak keluar di permukaan kulit. Selalunya, sel-sel kulit mengambil masa kira-kira sebulan untuk kitaran, tetapi dengan psoriasis, ia mengambil masa  beberapa hari. Tompok merah yang anda lihat pada kulit anda (dikenali sebagai plak) sebenarnya adalah penghasilan  sel-sel kulit yang berlebihan yang di kenali sebagai psoriasis.


 Adakah  Psoriasis  Berjangkit ?

Anda tidak perlu risau, kerana penyakit psoriasis tidak berjangkit.  Psoriasis adalah penyakit sistem imun, dan bukan sesuatu penyakit  yang mudah berjangkit. Jumpa dan bincang dengan doktor anda jika anda mempunyai penyakit psoriasis. Ini kerana setiap penyakit psoriasis adalah berbeza dan memerlukan rawatan yang berbeza. Jangan mengambil ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang buruk seperti kerosakan hati, buah pinggang dan sum-sum tulang.

Penyakit psoriasis juga tidak akan menjejaskan kehamilan dan proses kehamilan. Kadangkala, keadaan psoriasis mungkin akan bertambah baik sewaktu kehamilan atau sebaliknya.  
Rawatan dan sokongan
Walaupun tidak ada rawatan yang boleh menyembuhkan psoriasis namun ada banyak cara untuk meredakan penyakit ini. Pelbagai ubat-ubatan seperti krim dan salap boleh didapati untuk mengawal tanda-tanda penyakit ini. Rujuklah kepada pakar kulit jika mengalami tanda-tanda penyakit psoriasis. 
Penyakit psoriasis dapat mempengaruhi seseorang secara psikologis. Jika anda merasa bahwa penyakit ini menjadi beban yang sangat berat dan mempengaruhi kegiatan sehari-hari anda bersama keluarga dan teman-teman, anda perlu bertemu dengan pakar psikologi  untuk membantu mengatasi kondisi emosional tersebut.
Pesakit-pesakit psoriasis juga boleh mendapat bantuan sokongan daripada Persatuan Psoriasis Selangor dan Wilayah Persekutuan (PASFT).  Anda boleh  telefon 03- 8948-4335 atau e-mel: psoriasisassn@hotmail.com 

Anda juga boleh berkunjung ke PASFT di alamat berikut:
Persatuan Psoriasis Selangor dan Wilayah Persekutuan (PASFT)
No 1, Jalan 14/2C,
Taman Serdang Utama, Sri Kembangan,
43300 Selangor.

Tuesday, 6 December 2016

3 Jenis Mandian Detox

Terlalu sibuk dengan tugasan di pejabat memang akan membuatkan kulit wajah anda kurang bermaya dan badan terasa penat, letih dan lenguh-lenguh  bukan? Anda tentu teringin untuk de-stress dan memanjakan tubuh anda.  Salah satu cara untuk de-stress ialah dengan  proses  detox dan  cara yang paling mudah adalah melalui mandian detox. Apa kata anda cuba buat mandian detox untuk badan anda? Selain memanjakan badan anda, muka pun akan naik seri dan kemerah-merahan.

Di sini kami dari Herlysa Vegan ingin berkongsi 3 jenis mandian detox yang boleh anda cuba di rumah. Mandian detox ini sangat berkesan untuk membuang toksin dari tubuh dan sungguh menyamankan.

Herlysa Vegan mencadangkan mandian detox di buat selama 40 minit untuk hasil yang memuaskan. 20 minit yang pertama akan memberi peluang untuk badan membuang toksin, manakala 20 minit selepas itu akan membuatkan minyak essential oils menyerap ke kulit anda dan memberi kesegaran kepada tubuh. Paling baik, gunakan air panas untuk mandian detox rendaman.

Mari kita cuba...

1. Mandian Detox Lavender

Mandian detox Herlysa
Mandian Detox Lavender


2 Cawan Epsom Salt *       10 Titik Lavender Essential Oils

2 Cawan Baking Soda*       1 Cawan Cuka Makan

2 Cawan Garam Kasar*


Cara-cara mandian detox:
1. Sediakan baldi besar dan penuhkan ¾ dengan air paip.
2. Masukkan semua barang-barang kering*  dan kacau.
3. Masukkan cuka dan kemudian curahkan air panas 1 cerek kecil.
4. Titikkan 10 titik lavender essential oil.
5. Rasa kepanasan air mandian dengan tapak tangan.
6. Curahkan ke dalam bath tub dan rendamkan badan anda selama 40 minit.


Minyak lavender mempunyai khasiat untuk mengurangkan stress dan tekanan. Boleh di cuba untuk masalah insomnia dan mereka yang mempunyai sakit kulit eczema.
Sebaik-baiknya lakukan mandian detox ini setiap 2 minggu.



2. Mandian Detox Halia

Mandian detox Herlysa
Mandian Detox Halia



2 Cawan Epsom Salt*       1 Cawan Halia ( atau 1 senduk serbuk halia)


2 Cawan Baking Soda*     10 Titik Lemon Essential Oils

2 Cawan Garam Kasar*


Cara-cara mandian detox: 
1. Sediakan baldi besar dan penuhkan ¾ dengan air paip.
2. Masukkan semua barang-barang kering* dan kacau.
3. Masukkan  halia  dan kemudian curahkan air panas 1 cerek kecil.
4. Titikkan 10 titik lemon essential oil.
5. Rasa  kepanasan air mandian dengan tapak tangan.
6. Curahkan ke dalam bath tub dan rendamkan badan anda selama 40 minit.
Halia  mempunyai khasiat untuk memanaskan badan dan membuang angin dari badan. Mandian ini sangat sesuai untuk ibu-ibu dalam pantang yang mempunyai masalah lenguh-lenguh badan.  
Sebaik-baiknya lakukan mandian detox ini setiap 2 minggu.
3. Mandian Detox Teh Hijau
Mandian Detox Herlysa
Mandian Detox Teh Hijau

2 Cawan Epsom Salt*        1 Cawan Bentonite Clay*
2 Cawan Baking Soda*       10 Titik Eucalyptus Oils
2 Cawan Garam Kasar*       1 Cawan Teh Hijau Pekat

Cara-cara mandian detox:
1.    Sediakan baldi besar dan penuhkan ¾ dengan air paip.
2.    Masukkan semua barang-barang kering *  dan kacau.
3.    Masukkan  Teh Hijau  dan kemudian curahkan air panas 1 cerek kecil.
4.    Titikkan 10 titik eucalyptus essential oil.
5.    Rasa  kepanasan air mandian dengan tapak tangan.
6.    Curahkan ke dalam bath tub dan rendamkan badan anda selama 40 minit.

Teh hijau adalah anti-oksidan dan anti-radang yang baik. Gabungan campuran teh
hijau dan bentonite clay dapat membantu merawat masalah kulit gatal, kulat dan
fungal. Juga amat sesuai bagi mereka yang mempunyai bau badan yang kuat.  
Sebaik-baiknya lakukan mandian detox ini setiap 2 minggu.



Tuesday, 22 November 2016

Rahsia Kekal Muda Di Usia 40an

Siapa yang tak nak nampak muda sentiasa bukan? Jadi, Herlysa Vegan Skinwash ingin kongsikan rahsia kekal muda biarpun sudah mencecah usia 40 tahun.

Seperti yang diketahui, usia 40 adalah momen yang paling mencabar buat kebanyakan wanita dimana anda sibuk dengan perihal rumah tangga, kerjaya dan juga seorang ibu. Stres bukan sahaja menggalakkan kemunculan cela seperti jerawat, malah memberi kesan terhadap keadaan keseluruhan kulit. Ia mencetuskan penghasilan minyak secara berlebihan pada kelenjar kulit yang menyebabkan pertumbuhan cela selain jeragat dan bintik hitam. 

Oleh itu kulit wajah memerlukan sumber collagen untuk menghasilkan  asid amino seperti prolin, glysin dan lysine. Sumber-sumber collagen semulajadi dapat membantu menjaga kelembapan kulit dan membuat kulit menjadi tegang dan berseri. Ikuti langkah-langkah ini untuk mengetahui rahsia kekal muda.

Fungsi Collagen Untuk Wajah

Proses peningkatan umur adalah proses semula jadi dan semakin meningkat umur kulit wajah akan menampilkan garis-garis halus dan kedutan. Collagen adalah salah satu protein yang paling penting yang membuatkan kulit kita anjal, lembut dan muda.
Dengan peningkatan usia, pengeluaran collagen dari badan kita berkurangan, maka kulit wajah akan menghasilkan kedutan dan garis-garis halus. Oleh itu collagen tambahan adalah benar-benar memberi manfaat kepada kulit kita kerana ia membantu mengurangkan kedutan, garis-garis halus, menegangkan kulit dan juga meningkatkan keanjalan kulit.

Rahsia Kekal Muda

Di bawah ini di senaraikan 6 jenis makanan terbaik yang mengandungi sumber protein collagen untuk rahsia kekal muda.

6 Jenis Sumber Makanan Terbaik Yang Mengandungi Protein Collagen

1.    Kobis

Kobis mengandungi anti-oksida seperti  lutenin, thiocyanates, zeaxanthin, isothiocynates dan  sulforaphane yang dapat membantu  menegangkan kulit dan mengekal keanjalan kulit. 
Rahsia Kekal Muda

Kobis juga mengandungi sumber serat, vitamin B6 dan folate yang dapat menghasilkan zat besi,  magnesium dan  phosphorous yang dapat  membantu mengawal tekanan darah tinggi.

 

2.   Produk Soya

Pemakanan dari sumber kacang soya dapat membuat kulit bercahaya glowing kerana soya mengandungi  genistelin, iaitu sejenis hormon dari tumbuh-tumbuhan yang sangat baik untuk merawat masalah kulit kusam dan tona tidak sekata.

Rahsia Kekal Muda

3.  Buah-buahan


Buah-buahan seperti epal, oren, ceri, strawberi dan sayur-sayuran merah seperti beets, lada benggala merah, kentang merah adalah makanan yang sangat baik untuk meningkatkan collagen. Kehadiran antioksidan seperti lycopenes dalam buah-buahan dan sayur-sayuran merah meningkatkan pengeluaran collagen. Lycopense mencegah kerosakan DNA dalam sel-sel dan membantu sel-sel kulit  berfungsi dengan lebih baik.

Rahsia Kekal Muda



4.   Buah Zaitun

Rahsia Kekal Muda


Pengambilan buah zaitun hitam atau hijau dalam diet anda adalah salah satu amalan yang terbaik untuk mempunyai kulit yang sihat. Buah zaitun sangat kaya dengan sulfur yang menggalakkan pembentukan kolagen. Sulphur telah digunakan pada zaman purba untuk merawat masalah kulit seperti dermatitis. Ia juga dapat membantu mengurangkan kulit dari berminyak berlebihan dan mengecilkan pori-pori kulit wajah. 

5.   Avokado


Rahsia Kekal Muda

Avokado kaya dengan khasiat Vitamin E yang dapat melindungi kulit kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan pengoksidaan. Ia adalah salah satu sumber dari Omega 3 yang sangat sesuai untuk pemakanan yang menjadi rahsia kekal muda.

6.   Flaxseed


Flaxseed mengandungi Omega 3 yang dapat meningkatkan imuniti kulit  anda dan adalah anti-radang semula jadi. Ianya dikenali sebagai protein collagen yang penting kerana kulit anda tidak boleh menyah toksik dengan sendiri dan perlu bergantung kepada sumber makanan luar seperti flaxseed.

Menurut kajian-kajian tersohor, pesakit penyakit kulit psoriasis adalah berpunya dari keradangan yang kronik. Oleh itu pengambilan flaxseed yang kaya dengan Omega 3 sangat membantu dalam mengurangkan keradangan sakit kulit psoriasis.

Rahsia Kekal Muda


Apa itu Anti- Oksida?




Anda selalu dengar orang bercakap tentang anti-oksida, tetapi tahukah anda apakah itu anti-oksida? Anti-oksida adalah agen yang paling kuat untuk melawan kulit muka kita dari radikal bebas. Kulit muka yang terdedah dengan pencemaran udara, asap rokok, stress dan pengambilan ubat-ubatan menjadikan kulit muka menjadi kusam dan berkedut.
Oleh itu, kita digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin C dan E kerana Vitamin C dan Vitamin E adalah agen-agen anti-oksida yang baik. 
Apa itu Anti-Oksida?

Apa itu Anti-Oksida?

Vitamin C

Contohnya pengambilan Vitamin C dari buah-buahan seperti lemon, oren dan jambu batu dapat membantu mengembalikan keanjalan kulit muka, membersihkan kulit dari berjerawat dan membantu kulit menjadi lebih berseri dan cerah.
Pengambilan Vitamin C adalah bergantung kepada umur seperti di dalam carta di bawah:
Carta pengambilan Vitamin C bergantung kepada umur :
Bayi  6 bulan
 40mg
Bayi dari  7 - 8  bulan
50 mg
Kanak-kanak  1 - 3 tahun
 15 mg
Kanak-kanak  4 -  8  tahun
25 mg
Kanak-kanak  9 – 13 tahun
 45 mg
Remaja  14 - 18 tahun (lelaki)
 75 mg
Remaja 14 - 18 tahun (perempuan)
65 mg
Lelaki dewasa
 90mg
Wanita dewasa
 75 mg
Ibu mengandung
 85 mg
Ibu yang menyusu anak
 120 mg


Vitamin E


Apa itu Anti-Oksida?


Sumber Vitamin E pula boleh di dapati dari sayur-sayuran seperti  brokoli, kobis dan kobis bunga. Selain daripada sayur-sayuran, salah satu sumber Vitamin E yang terbaik ialah Tocopheryl Acetate.

Tocopheryl Acetate di ekstrak dari minyak sayuran dan dapat melembapkan kulit, melindungi kulit dari kerosakan sinar ultraviolet dan meratakan warna kulit tidak sekata.   


Apa itu Anti-Oksida?


Manfaat Glutathione Untuk Kulit Wajah

Selain dari Vitamin C dan Vitamin E, Glutathione juga berperanan baik sebagai antioksidan. Glutathione ini merupakan salah satu antioksidan terbaik kerana di dalam Glutathione ini terdapat 3 jenis asid amino iaitu  cycteine, glutamate, dan juga glysine. Zat ini sangat diperlukan oleh kulit muka kerana tanpa Glutathione, antioksidan lainnya seperti Vitamin C dan E tidak akan mampu bekerja secara optimal.
Tanpa peranan Glutathione, kulit muka tidak akan dapat menghasilkan antibodi yang kuat untuk melawan infeksi, bakteria dan virus yang membahayakan kulit wajah. Ini kerana gabungan Vitamin C, E dan Glutathione dapat membantu kulit menjadi kenyal, mencerahkan kulit dan memudarkan kedutan pada kulit wajah.
Glutathione biasanya tersedia dalam bentuk sabun, krim, lotion dan pil (supplement). Glutathione secara ilmiah terbukti dapat mencegah produksi melanin yang dapat menyebabkan kulit lebih gelap. Penelitian menunjukkan bahwa glutathione yang berbentuk sabun atau krim lebih efektif dibandingkan yang berbentuk pil, karena glutathione yang berbentuk pil tidak dapat diserap secara maksimal oleh tubuh. 
Oleh karena itu, penggunaan glutathione dengan tujuan untuk mencerahkan kulit sebaik-baiknya menggunakan sabun atau krim yang diterapkan secara langsung pada kulit.