Siapa yang tak nak nampak muda
sentiasa bukan? Jadi, Herlysa Vegan Skinwash ingin kongsikan rahsia kekal
muda biarpun sudah mencecah usia 40 tahun.
Seperti yang
diketahui, usia 40 adalah momen yang paling mencabar buat kebanyakan wanita
dimana anda sibuk dengan perihal rumah tangga, kerjaya dan juga seorang ibu.
Stres bukan sahaja menggalakkan kemunculan cela seperti jerawat, malah memberi
kesan terhadap keadaan keseluruhan kulit. Ia mencetuskan penghasilan minyak
secara berlebihan pada kelenjar kulit yang menyebabkan pertumbuhan cela selain
jeragat dan bintik hitam.
Oleh itu kulit wajah memerlukan sumber
collagen untuk menghasilkan asid amino
seperti prolin, glysin dan lysine. Sumber-sumber collagen semulajadi dapat
membantu menjaga kelembapan kulit dan membuat kulit menjadi tegang dan berseri. Ikuti langkah-langkah ini untuk mengetahui rahsia kekal muda.
Fungsi Collagen Untuk Wajah
Proses peningkatan umur adalah proses semula jadi
dan semakin meningkat umur kulit wajah akan menampilkan garis-garis halus dan
kedutan. Collagen adalah salah satu protein yang paling penting yang membuatkan
kulit kita anjal, lembut dan muda.
Dengan peningkatan usia, pengeluaran collagen dari badan kita berkurangan, maka kulit wajah akan menghasilkan kedutan
dan garis-garis halus. Oleh itu collagen tambahan adalah benar-benar memberi
manfaat kepada kulit kita kerana ia membantu mengurangkan kedutan, garis-garis
halus, menegangkan kulit dan juga meningkatkan keanjalan kulit.
Di bawah ini di senaraikan 6 jenis makanan
terbaik yang mengandungi sumber protein collagen untuk rahsia kekal muda.
6 Jenis
Sumber Makanan Terbaik Yang Mengandungi Protein Collagen
1.
Kobis
Kobis
mengandungi anti-oksida seperti lutenin,
thiocyanates, zeaxanthin, isothiocynates dan
sulforaphane yang dapat membantu
menegangkan kulit dan mengekal keanjalan kulit.
Kobis
juga mengandungi sumber serat, vitamin B6 dan folate yang dapat menghasilkan
zat besi, magnesium dan phosphorous yang dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi.
2. Produk Soya
Pemakanan dari
sumber kacang soya dapat membuat kulit bercahaya glowing kerana soya
mengandungi genistelin, iaitu sejenis hormon
dari tumbuh-tumbuhan yang sangat baik untuk merawat masalah kulit kusam dan
tona tidak sekata.
3. Buah-buahan
Buah-buahan
seperti epal, oren, ceri, strawberi dan sayur-sayuran merah seperti beets, lada
benggala merah, kentang merah adalah makanan yang sangat baik untuk meningkatkan collagen. Kehadiran antioksidan seperti lycopenes dalam buah-buahan dan
sayur-sayuran merah meningkatkan pengeluaran collagen. Lycopense mencegah
kerosakan DNA dalam sel-sel dan membantu sel-sel kulit berfungsi dengan lebih baik.
4. Buah Zaitun
Pengambilan buah
zaitun hitam atau hijau dalam diet anda adalah salah satu amalan yang terbaik
untuk mempunyai kulit yang sihat. Buah zaitun sangat kaya dengan sulfur yang
menggalakkan pembentukan kolagen. Sulphur telah digunakan pada zaman purba
untuk merawat masalah kulit seperti dermatitis. Ia juga dapat membantu
mengurangkan kulit dari berminyak berlebihan dan mengecilkan pori-pori kulit
wajah.
5. Avokado
Avokado kaya
dengan khasiat Vitamin E yang dapat melindungi kulit kita daripada kerosakan
yang disebabkan oleh radikal bebas dan pengoksidaan. Ia adalah salah satu
sumber dari Omega 3 yang sangat sesuai untuk pemakanan yang menjadi rahsia kekal muda.
6. Flaxseed
Flaxseed
mengandungi Omega 3 yang dapat meningkatkan imuniti kulit anda dan adalah anti-radang semula jadi. Ianya
dikenali sebagai protein collagen yang penting kerana kulit anda tidak boleh menyah
toksik dengan sendiri dan perlu bergantung kepada sumber makanan luar seperti
flaxseed.
Menurut
kajian-kajian tersohor, pesakit penyakit kulit psoriasis adalah berpunya dari
keradangan yang kronik. Oleh itu pengambilan flaxseed yang kaya dengan Omega 3
sangat membantu dalam mengurangkan keradangan sakit kulit psoriasis.
No comments:
Post a Comment